top of page

PRN Melaka, Sarawak bukan kayu ukur tepat prestasi, PH akan bangkit - Johari Abdul



Penganalisis politik yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) di tempat ketiga dalam persaingan politik negara berbanding BN dan Perikatan Nasional (PN) mungkin membuat kesimpulan yang kurang tepat, terutama apabila melibatkan kekuatan PH menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, prestasi PH didapati menurun sewaktu pandemik Covid 19 baru baru ini mungkin kerana sukarnya pimpinan bertemu rakyat.


Namun, kata Johari, PH khususnya KEADILAN mempunyai kaedah tertentu melakukan kebangkitan dalam situasi politik yang kurang menguntungkan ini dalam norma baharu pasca pandemik.


"Untuk bangkit jelas kita kena ada program yang khusus, kekuatan kita bertemu rakyat. Sekarang kita tidak boleh bertemu rakyat, kita kena cari kaedah, kita harus bertemu rakyat.


"Sekarang saya rasa sudah boleh jumpa, namun harus ada program penerangan, program bersama rakyat. Setelah dua tahun tak jumpa maka kita (harap) ada masa setahun lagi (sebelum PRU)," katanya kepada Suara Keadilan.


Berkenaan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam PRN Melaka dan Sarawak yang sengaja direka bagi menyekat ceramah umum, Johari menganggap hal itu lebih kepada percaturan politik pemerintah.


PH jelas beliau, tidak mempunyai banyak masa menghadapi SOP baharu ketika PRN. Ketiadaan ceramah umum yang menjadi medan PH menyampaikan maklumat disekat, maka setelah ini PH perlu memikirkan kaedah lain.


"Dengan keadaan SOP dan sebagainya yang ditentukan oleh kerajaan, maknanya pilihan raya dalam keadaan terkawal (oleh kerajaan BN). Sudah tentulah keputusannya boleh dicatur tetapi ini tidak bermaksud kita tidak mempunyai strategi kita," tambahnya.


Ahli Parlimen Sungai Petani itu menegaskan, prestasi PH realitinya telah terkesan sejak lama dibelit kemelut politik selepas tumbangnya kerajaan mandat rakyat pada Februari 2020.


Katanya, terdapat defisit keyakinan selepas Mac 2020. Rakyat memberi kepercayaan kepada PH membawa perubahan namun tindakan Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri (PM) secara mengejut menyebabkan sokongan merosot dan rakyat mengalami 'letih' berpolitik.


"Malang kita mempunyai bekas PM yang membuat kesilapan besar, Mahathir letak jawatan. Rakyat beri mandat. Rakyat kecewa dengan BN dan beri mandat pada kita dalam PRU 14.


"Jadi pengkhianatan pertama (mandat rakyat) bila Mahathir letak jawatan. Bagi saya bukan Azmin, pengkhianat pertama itu Mahathir. Paling tidak nak letak jawatan rundinglah dengan kita. Oleh kerana dia letak jawatan itu maka berlakulah kecelaruan sekarang


"Kedua, datangnya PM Mahiaddin Yassin. Dia bawa sensara kedua, buat kabinet 70 orang, beri jawatan politik pengerusi GLC. Dia main politik atas penderitaan rakyat. Kemudian datang pandemik. Cara pengendalian pandemik huru hara dan SOP entah apa apa, vaksin lambat ditempah menyebabkan orang menderita," kata Johari lagi.


Manakala sensara ketiga apabila PM Ismail Sabri Yaakob meneruskan lantikan kabinet besar Mahiaddin serta membazirkan kewangan negara.


Sensara keempat pula, kata Johari, adalah banjir besar pada pertengahan Disember 2021 dan kelima larinya pelabur asing dari Malaysia kerana kegagalan kerajaan menunjukkan keseriusan melawan korupsi


Kesemua hal itu, menurut beliau menyebabkan rakyat letih menghadapi politik dan pengundi PH kurang berminat keluar mengundi.


Bagaimanapun, bagi pemimpin veteran KEADILAN tersebut, untuk PRU 15 PH perlu merangka strategi yang sesuai dalam mengembalikan kredibiliti serta menarik semula minat rakyat terhadap politik murni yang mampu merobah masa hadapan negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page