PRN Melaka: Program MB Selangor 'santai bersama calon'
- Suara Keadilan
- Nov 14, 2021
- 1 min read
Updated: Nov 15, 2021

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meneruskan usaha kempen membantu calon-calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan acara 'santai bersama calon'
Menurut Amirudin, oleh kerana tiada kempen secara tradisi dibenarkan maka kunjungan dua hari di Melaka beliau selesai dalam sehari dengan hanya minum dan makan bersama calon dan sebahagian penduduk tempatan tanpa boleh merayu undi sebagaimana biasa.
Salah satu tempat yang beliau kunjungi ialah kedai Adik Udin Corner untuk menikmati minum petang bersama calon DUN Sungai Udang, Hasmorni Tamby.
"Program ke tiga atau empat (kawasan), pagi tadi. Semalam rehat satu hari. Hari ini saya habiskan semua DUN
"Kita santai, makan, banyak acara boleh buat. Nak kempen pun tak ada," katanya bersahaja apabila ditanya wartawan Suara Keadilan.

Turut menyambut dengan nada sinis terhadap peraturan kempen yang terlalu ketat pada PRN ini adalah Naib Ketua Wanita KEADILAN, Sangeetha Jayakumar yang menyatakan beliau hanya mampu untuk makan, minum dan membeli belah di sepanjang kehadirannya ke Melaka.
"Kita borak-borak, kita makan, minum. Kita pergi membeli belah dekat kedai-kedai, gerai. Kita cari semua makanan tempatan yang sedap," katanya.
Program tersebut berakhir dalam sejam selepas calon DUN Sungai Udang tiba dan pasukan kempen Selangor berbual-bual bersama beberapa pengunjung kedai makan tersebut.

Comments