PRN Melaka: PH usaha menang 18 kerusi - Halim Bachik



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).


Hal itu kerana undi Melayu akan berpecah kepada blok BN dan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik, tidak mustahil PH kali ini boleh mendapat 18 kerusi berbanding Pilihan Raya Umum lepas hanya berjaya merampas 15 kerusi DUN.


Bagaimanapun, ujarnya, hal itu hanya boleh berlaku andai penyokong PH bersatu padu dan saling bantu membantu dalam kempen.


"Kita dalam PH kena kekalkan keutuhan, gerak kerja bersama. Siapa sahaja jadi calon kena tunjukkan sikap keterbukaan. Jangan kata itu pihak sana, pihak sini. Walau ada sengketa dalam hati kena simpan dulu.


"Bila kita tengok sebelah sana (BN dan PN), kerajaan pusat sama tetapi esok PRN mereka lain-lain. Itu menunjukkan kesepakatan di pusat tidak dibawa ke negeri.


"Bila diumumkan PH guna lambang bersama, jadi sebelum penamaan calon kita selesaikan masalah kerusi dan logo. Jadi kita harap mendapat mandat (bentuk kerajaan).


"Kalau ikut data atas kertas dengan kedudukan pengundi kaum Cina, Melayu dan India, kita boleh dapat 18 kerusi," katanya dalam bual bicara anjuran Studio Pasir Berdengung PRN DUN Melaka, malam tadi.


Bagi Halim, amat penting pengundi Melaka berasa tidak selamat untuk memilih BN atau PN sebagai kerajaan memandangkan ahli politik kedua-dua gabungan akan berebut projek, kontrak dan mungkin menumbangkan kerajaan sekali lagi.


Di samping itu, katanya, pengundi bukan Melayu juga akan menjadi faktor penentu kemenangan PH.


"Bila saya tengok BN dan PN ini lebih tumpu luar bandar dengan kaum Melayu tinggi. Tetapi bila mengundi di kawasan campuran, 30% pengundi Melayu cukup (memenangkan PH).


"Dengan usaha dan 'kemeluatan' rakyat yang tinggi (terhadap PN, BN) maka keadaan boleh berubah," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER