PRN Melaka: Masa untuk gelombang rakyat ajar ahli politik pengkhianat



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan untuk mengajar ahli politik yang mengkhianati mandat rakyat.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Alor Gajah, Md Yusof Abdullah, PRN tersebut bukan lagi pertarungan antara BN, Perikatan Nasional, Muafakat Nasional atau Pakatan Harapan (PH) semata-mata tetapi merupakan kebangkitan rakyat melawan pengkhianat.


Sehubungan itu, katanya, pemimpin di peringkat nasional tidak seharusnya mempersoalkan strategi di peringkat DUN kerana yang penting adalah mewujudkan gelombang kesedaran mendobrak dominasi politik Umno-BN di Melaka.


"PRN Melaka peluang terbaik untuk kita mengajar mereka yang mengkhianati mandat rakyat sebelum ini, agar wakil rakyat yang terpilih kelak tidak akan berani lagi mengkhianati mandat rakyat.


"Oleh itu, pada saya serangan peribadi secara terbuka Rafizi Ramli terhadap pimpinan PH (mempertikaikan sokongan ke atas pemimpin melompat) akan dilihat sebagai satu sabotaj yang hanya akan menguntungkan pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Md Yusof Abdullah

Menurut Yusof lagi, sebagai Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli seharusnya menghentikan serangan peribadi terhadap pimpinan PH dalam saat parti menggembelengkan tenaga untuk menangkan PH dalam PRN Melaka.


"Rafizi harus menerima keputusan pimpinan tertinggi parti dan Majlis Presiden serta dan membantu di mana yang boleh. Andainya beliau ikhlas dalam perjuangan ini, saya memohon agar Rafizi Ramli menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf atas keterlanjuran kepada pimpinan," katanya lagi.


Semalam, dalam cacatan di media sosial, Rafizi mempertikaikan pertimbangan untuk membawa masuk calon bekas ADUN yang telah menumbangkan Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali bertanding menggunakan tiket PH.


Bagaimanapun, pendapat Rafizi tersebut tidak sejalan dengan pendapat pemimpin PH lain yang lebih cenderung ke arah membentuk gelombang penentangan rakyat dengan menggabungkan calon-calon yang dilihat boleh menang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER