top of page

PRN Melaka: Laksana debat terbuka semua calon bertanding - Shamsul Iskandar



Tinggal empat hari sebelum rakyat Melaka keluar membuang undi.


Calon-calon selain BN semakin resah akibat kesukaran untuk menyampaikan manifesto parti apatah lagi memperkenalkan diri kepada para pengundi.


Justeru, calon DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat gesaan terbuka kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya agar melaksanakan program debat untuk setiap calon yang bertanding dan disiarkan melalui media rasmi pemerintah dalam beberapa hari berbaki ini.


"Kita mendesak kerajaan ambil sikap terbuka membenarkan kesemua calon-calon yang bertanding dibenarkan keluar ke semua media arus perdana supaya ada liputan yang adil.


"Kalau tidak pun, benarkan semua calon mengikut DUN diletakkan atas satu pentas. Adakan forum atau debat untuk semua calon-calon yang bertanding agar dapat mempersembahkan idea mereka dan yakinkan pengundi.


"Kalau tidak, maknanya Umno yang sekarang memimpin kerajaan ketakutan dan bimbang dengan keberadaan PH, apatah lagi perpecahan mereka dengan PN yang mungkin telah dirasakan akan kalah teruk dalam pilihan raya


"Pada saya keputusan kalah atau menang bukan perkara utama, yang utama adalah membenarkan proses demokrasi itu berjalan dengan baik," ujar Shamsul kepada Suara Keadilan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, debat secara langsung akan membuka minda pengundi sekali gus menarik minat mereka keluar mengundi pada 20 November ini.


"Proses itu (debat) bermakna membenarkan kempen mengikut SOP, yang mana natijah akhir dari kempen untuk mempengaruhi pengundi keluar dengan satu kefahaman, parti mana yang mereka pilih kerana pilihan raya kali ini akan bertahan usianya satu penggal, 5 tahun.


"Sekali lagi kita mendesak kerajaan dalam beberapa hari ini membuka ruang kepada semua calon untuk liputan media arus perdana," katanya.


Sebaiknya, menurut Shamsul, jika kerajaan PN meneruskan sikap menekan aktiviti berkempen maka hal itu akan meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang mengalami defisit demokrasi, kerana banyak negara lain membuat pilihan raya dalam pandemik tetapi mereka membenarkan kempen.


"Kita lihat dalam hal ini kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara yang dipimpin oleh PM dan Menteri Kesihatan dari Umno, mereka telah menyukarkan proses demokrasi dengan menghalang calon berkempen sesuai dengan SOP sedia ada.


"Kita sebenarnya ada pengalaman pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Selepas PRN berlaku lonjakan kes, dan PRN Sabah sepatutnya jadi ukuran bagaimana kita menguruskan PRN Melaka.


"Sebab selepas PRN Melaka akan ada pula PRN Sarawak. Selepas itu ada pilihan raya umum. Tak kan kita mahu menjangkakan setiap kali pilihan raya tidak boleh berkempen?" tanyanya.


Mengulas beberapa siri kompaun yang dikenakan kepada calon Pakatan Harapan kerana menggunakan baju berlogo parti, Shamsul menganggap hal itu amat tidak masuk akal kerana calon bertanding berasaskan parti. Katanya, amat mustahil calon tidak memperkenalkan logo parti untuk diundi kepada para mengundi.


"Ini saya anggap satu keputuan yang tidak masuk akal. Kalau tidak, jangan buat PRN kerana calon yang bertanding itu mewakili parti," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page