PRN Melaka: Keputusan dibuat bersama, tidak boleh salahkan Anwar seorang - AMK



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menolak sikap sesetengah pemimpin rakan komponen Pakatan Harapan (PH) yang menyalahkan sosok Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kekalahan mengejut gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kelmarin.


Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, kegagalan PH seharusnya dipikul bersama kerana strategi, pembahagian kerusi dan gerak kerja kempen diputuskan secara bersama dalam mesyuarat PH, bukannya keputusan peribadi Anwar.


"Saya membaca berita melaporkan gesaan seorang ADUN daripada DAP agar Datuk Seri Anwar berundur daripada kedudukan Ketua Pembangkang. Beliau menjadikan kegagalan PH dalam Pilihan Raya Melaka sebagai alasan untuk menyokong gesaan itu.


"Saya berharap kenyataan ADUN Bilut ini tidak mewajahkan pandangan keseluruhan DAP walaupun kenyataan Liew Chin Tong semalam juga berbaur hasrat yang sama, apabila beliau mengulangi idea PH memerlukan suatu ‘Reset’. Malah ADUN Bilut ini juga secara terang menyatakan yang DAP perlu mempertimbangkan untuk keluar daripada PH sekiranya tidak ada perubahan atau ‘reset’ yang dilakukan pasca PRN Melaka.


"Apa yang menjengkelkan ialah kenyataan ADUN Bilut itu cuba mengasingkan atau ‘single out’ Anwar sebagai sosok tunggal yang menjadi punca kekalahan PH di Melaka. Sedangkan semua keputusan dibuat berhubung PRN Melaka telah diputuskan dalam mesyuarat rasmi PH," katanya.


Menurut Syukri lagi, keputusan tidak menggunakan logo KEADILAN sebaliknya menggunakan logo HARAPAN dibuat bersama dalam mesyuarat PH, begitu juga keputusan untuk menerima 2 pemimpin Umno yang melompat parti sebagai calon.


"Namun mengapa secara tiba-tiba hanya Anwar menjadi calon tunggal untuk menanggung segala beban kekalahan?


"Semestinya sebagai Ketua Pembangkang, saya tidak mengatakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang sentiasa betul atau 100% sempurna. Namun ADUN Bilut ini harus belajar untuk menerima konsekuensi sesuatu keputusan yang dicapai secara bersama," katanya.


Tambah Syukri, cadangan supaya Anwar meletak jawatan hanya akan menyukarkan keadaan dan memberi persepsi buruk bahawa sesetengah pemimpin DAP hanya suka berkawan untuk kepentingan tertentu.


Katanya, ketika Anwar menjadi ikon kebangkitan pengundi Melayu maka beliau diberi pengiktitrafan yang tinggi tetapi apabila berlaku kekalahan, prestasi buruk dipikulkan ke bahu beliau seorang.


Justeru, Syukri meminta ADUN Bilut menamakan seorang calon yang layak menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang mempunyai karisma, pengorbanan kebebasan diri atau pengalaman yang setanding dengan Pengerusi PH itu.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER