top of page

PRN Melaka: KEADILAN sedia tawan DUN Asahan, DUN Rembia


Jentera KEADILAN Alor Gajah telah bersedia untuk mengambil semula DUN Asahan dan DUN Rembia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dahulunya ditandingi parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.


ADUN Machap Jaya, Ginie Lim berkata, kesediaan itu boleh dilihat apabila Jentera Pilihan Raya DUN dilancarkan dan penyerahan sijil ranting kepada ketua-ketua ranting DUN.


Kit bantuan makanan juga diserahkan kepada ketua-ketua ranting oleh Ginie yang juga Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.


"Syabas Penyelaras DUN Asahan Puan Aliya dan Jawatankuasa Pilihan Raya DUN di atas kesungguhan dan kesediaan mengambil semula kerusi KEADILAN balik di DUN Asahan jika PRN diadakan ekoran pembubaran DUN Negeri Melaka pada 5 Oktober lalu.


"Terima kasih kepada anggota DUN Asahan AJK Cabang, Ketua Srikandi Cabang Natasha, Penyelaras-penyelaras DUN dalam Parlimen Alor Gajah dan Exco Wanita Pusat, Puan Merlia kerana turut bersama sama dalam program hari ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page