top of page

PRN Melaka: KEADILAN jangka menang 6 kerusi DUN



Meskipun terdapat pelbagai tinjauan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, terutama gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan namun KEADILAN menjangkakan parti itu akan menang di 6 kerusi DUN pada 20 November nanti.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik, jangkaan tersebut berdasarkan faktor penolakan rakyat terhadap PRN yang dipaksakan ke atas mereka.


"Pada pihak KEADILAN kita berkeyakinan minima kita akan dapat antara 6 - 7 kerusi DUN


"Bila saya turun ke DUN Sungai Rambai misalnya (kubu Umno), penerimaan rakyat di situ faham (pergolakan politik). Rakyat tak mahu PRN tetapi pilihan raya ini dipaksa oleh sebab berlaku ketidak sefahaman antara wakil rakyat dalam kerajaan


"Di peringkat KEADILAN kita jangka 6 kerusi, di peringkat Pakatan Harapan (PH) kita sasarkan 18 kerusi, berlandaskan penerimaan rakyat walaupun kita dikongkong SOP yang ketat. Tetapi rakyat faham dan bijak memilih dalam PRN ini," katanya dalam sesi soal balas wartawan pada sidang media, tengah hari tadi.


Mengenai persoalan kemungkinan kemasukan Datuk Seri Idris Harun sebagai calon Pakatan Harapan akan menjejaskan undi dari penyokong setia, Halim berpendapat sebaliknya.


Katanya, beliau mendapati isu Idris tidak lagi dibangkitkan oleh penyokong PH, malah memberi kelebihan di kawasan kubu Umno.


"Kemasukan Idris jejaskan potensi PH untuk menang? Pada saya tidak benar. Apabila saya turun di bawah, kawasan DUN Asahan, sebenarnya sokongan rakyat itu ada kerana Idris ini mantan Ketua Menteri dan ada sumbangannya yang baik semasa dia menjawat Ketua Menteri.


"Pada saya Idris tidak menjadi isu, dia menjadi penarik kepada pengundi Umno untuk undi PH," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page