top of page

PRN Melaka boleh dielak jika institusi negara menjaga mandat rakyat



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka atau perubahan kerajaan akibat pembelian ahli politik seharusnya tidak berlaku sekiranya institusi negara menjaga mandat rakyat yang diputuskan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu, sebaik-baiknya.


Menurut mantan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, akibat institusi negara tidak menjaga mandat iu maka rakyat perlu menghadapi PRN walaupun dalam keadaan Covid 19 yang masih belum reda sepenuhnya.


"Kita rakyat dipaksa hadapi PRN, DUN sudah bubar dan telah diumum tarikh pengundian. Saya akui tanya mana-mana orang mereka muak dengan politik Malaysia. Kerajaan telah dipilih oleh rakyat tidak dapat dijaga mandatnya.


"Bagi sebuah kerajaan mandat itu perlu dijaga oleh semua institusi termasuk SPRM, polis, Parlimen. Kalau orang politik tak boleh jaga mandat rakyat, semua institusi ini sepatutnya menjaga mandat


"Kalau seorang Ahli Parlimen dibeli, siapa yang boleh membuktikan dia berubah kerana wang? SPRM patut siasat. Dia khianat kerana wang? Institusi diraja boleh panggil.


"Kenapa Bersatu keluar dari PH, apa kesalahan kita? Kalau kata nak tubuh kerajaan Melayu Islam, apakah itu justifikasi menjatuhkan mandat rakyat?


"Institusi tertinggi negara mesti nasihat pemimpin ini. Kalau ahli DUN diugut seperti di Sabah, maka polis harus menyiasat, pastikan keselamatan ADUN. Ini sebenrnya sistem kita.


"Sebab itu saya sebut, Raja dan rakyat berpisah tiada. Sebab bila rakyat sudah buat keputusan mana-mana institusi tertinggi harus menjaga mandat yang diberikan, " katanya dalam ceramah sempena pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan, DUN Telok Mas, malam tadi.



Tambah Adly, memang rakyat tidak puas hati atau resah dengan PRN kali ini tetapi tanpa membuat keputusan betul maka kehidupan rakyat akan lebih sulit kerana pemimpin yang memutuskan dasar dan rakyat perlu mengikutinya biar pun merugikan.


"Memang ramai mual dengan ahli politik. Namun kita tidak boleh kecewa dengan politik kerana kita selalu berdepan dengan apa yang kita sebut kleptokrat. Mereka rasa negara ini mereka boleh beli dengan wang. Dulu mereka beli jiwa rakyat. Kita jatuhkan mereka, sekarang mereka beli Ahli Parlimen dan ADUN.


"Sebab itu ia cukup penting sama ada berhadapan dengan apa jua susanana, kepimpinan ini sangat penting. Kalau rakyat tak kisah sama ada pemimpin korup dan sebagainya, yang menjadi mangsa kita. Kalau kita tak buat pilihan maka kita sendiri akan jadi mangsa kerana kita tentukan kepimpinan negara dan negeri," ujar Adly.


Selain itu, beliau juga menyatakan kekesalannya berikutan Umno yang tidak mahu menyerahkan kuasa secara mengikut duluan.


Katanya, tiada salah jika Umno bersikap sebagaimana PH yang hilang majoriti pada 2020 lalu dan serahkan kepada kerajaan baharu.


Kos PRN, ujarnya, membabitkan RM46 juta dan rakyat lebih memerlukan wang berkenaan ketika pasca Covid ini

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page