top of page

PRN Melaka: 7 pelajar UiTM Lendu positif Covid 19 setelah diarah hadiri program berunsur politik?



Laporan media menyebut 7 mahasiswa UiTM Lendu didapati positif Covid-19 selepas pulang dari satu program di sebuah villa didakwa milik pemimpin BN Melaka perlu penjelasan lanjut daripada pihak BN.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, insiden tersebut tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana para mahasiswa itu didakwa diminta menghadiri satu program yang cenderung kepada politik dan tiada kena mengena dengan silibus pendidikan mereka.


"Beberapa orang pelajar UiTM Lendu telah diminta hadir ke program yang diadakan di sebuah villa di Masjid Tanah, Melaka pada 4 November hingga 7 November.


"Selepas kembali ke kampus beberapa orang pelajar didapati mengalami gejala Covid-19. Setakat ini seramai 40 orang pelajar telah menjalani ujian saringan dan pengasingan.


"Menurut surat jemputan program “mempersiap potensi pemimpin pelajar” yang diadakan selama tiga hari dua malam itu didakwa dianjurkan badan bukan kerajaan, Pertubuhan Sukarelawan Jalinan Nasional (Sarjana) di bawah kelolaan pemimpin BN di DUN Rim.


"Pada 8 November 2021, villa yang sama juga telah digunakan oleh BN sebagai tempat berkumpul dan bersarapan sebelum bergerak ke pusat penamaan calon untuk mengiringi Ab Rauf Yusoh. Turut hadir pada pagi itu ialah bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan," kata Akmal dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, AMK katanya, mahukan penjelasan adakah para mahasiswa tersebut diminta untuk hadir ke program berkenaan dan mahu kepastian daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kejadian tersebut yang telah menjadi rahsia umum.


"Oleh itu, AMK ingin penjelasan adakah para pelajar terbabit diminta untuk menghadiri program BN seperti yang didakwa oleh ibu bapa pelajar terbabit?


"Jika dakwaan ini benar maka BN perlu bertanggungjawab penuh terhadap pelajar yang dijangkiti. AMK juga ingin penjelasan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkait isu ini kerana ia bukan rahsia lagi," katanya.


Justeru AMK, ujar Akmal, menuntut BN mengambil tanggungjawab ke atas para mahasiswa terbabit sekiranya dakwaan yang ditimbulkan berasas. Begitu juga pihak penguatkuasa perlu meneliti apakah berlaku pengabaian Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam himpunan-himpunan yang dilakukan parti-parti kerajaan sehingga berlakunya jangkitan Covid 19.


"Kita tidak ingin layanan dua darjat oleh pihak berkuasa seperti yang berlaku pada Pilihanraya Negeri Melaka ini.


"Calon-calon dari Pakatan Harapan ditekan dengan SOP yang tidak masuk akal, dikompaun dan diserbu sedangkan beberapa calon BN mahupun PN didapati berkempen dengan jumlah kehadiran jentera yang ramai.


"Tindakan pada BN atau PN hanya dikenakan setelah ianya ditularkan dan dipersoalkan oleh netizen," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page