top of page

PRN Melaka: 60 tahun BN perintah isu longkang tak selesai - Halim Bachik

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 30, 2021
  • 2 min read


Jatuh bangun Melaka selama 60 tahun bersama Umno-BN tidak begitu boleh dibanggakan kerana pembangunan negeri lebih dirasakan di kawasan bandar.


Di kawasan luar bandar pembangunan tidak jauh berubah berbanding dekad-dekad lampau.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka, Datuk Halim Bachik berkata, terdapat kawasan kampung yang beliau kunjungi masih bergelut dengan isu kemudahan asas, ketiadaan perparitan dan masalah banjir kilat biar pun Melaka diiktiraf negeri maju.


"Kita bila terilih jadi calon sebaik-baiknya khidmat dengan telus. Ini yang rakyat mahu. Contoh dari segi kebajikan, kemudahan asas. Ini kadang-kadang kemudahan asas pun tak sampai, macam longkang. Macam di sebuah kampung saya pergi, 60 tahun merdeka, longkang pun tak selesai.


"Terutama luar bandar. Misalnya minggu lepas hujan 3 jam berlaku banjir. Ini perlu kita selesaikan. Mungkin kita cakap itu (hal) mudah tetapi kalau tak laksana ia tertangguh," katanya dalam forum anjuran Studio Pasir Berdengung PRN DUN Melaka, malam tadi.


Ditanya moderator apakah krisis politik Melaka seharusnya berakhir dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), Halim berpendapat krisis sebaik-baiknya diselesaikan sebagaimana di negeri lain dengan melantik kerajaan baharu yang mendapat sokongan majoriti ADUN, bukannya membubarkan DUN.


"Penarikan 4 ADUN macam (mereka) dalam rumah bergaduh dan dia bawa keluar. Itu situasinya. Apa yang disampaikan di luar kita sama sama nak menjatuhkan kerajaan.


"Februari 2020, 2 wakil kita (PH) melompat, proses tubuh kerajaan baru teratur, panggil ADUN, tanya sokong atau tidak. Tetapi kenapa pada ketika ini 4 Oktober tarik sokongan, 5 Oktober bubar DUN? Yang umum pula Speaker. Negeri lain tidak pula macam itu," katanya.


Beliau juga mengkritik punca krisis yang berlaku kerana pembaziran memberikan tender menambak laut sedangkan kawasan sedia ada dibazirkan tanpa pembangunan, menyebabkan exco pentadbiran Ketua Menteri Sulaiman Ali menarik sokongan.


"Kes pasir kita banyak tambak laut. Ada (kawasan) yang belum guna kenapa nak tambak lagi? Yang dapat kontrak ini golongan koporat. Di kampung rakyat nak minta tanah tapak rumah pun susah. Yang ini 1,200 ekar senang senang beri kepada orang kaya. Ini sebabkan, saya tengok 4 orang ini tarik sokongan," katanya.


Justeru Halim menasihatkan pengudi di Melaka agar memilih PH yang lebih stabil dan pro rakyat untuk memerintah selepas 20 November ini.


Katanya, biar pun PH pernah memerintah hanya 22 bulan tetapi benyak skim-skim bantuan yang berjaya diwujudkan dan tidak pernah difikirkan BN.


"Walaupun PH memerintah 22 bulan tetapi kita menunjukkan nilai terbaik berbanding BN selama 60 tahun. Zaman BN mereka cuma boleh bagi rumah PPRT, zaman PH kita bagi rumah peduli rakyat nilai RM30,000 dan RM37,000.


"Keluarga saya pun ada dapat rumah PPRT, gunakan kayu terpakai, dua bilik. Tetapi rumah peduli rakyat ini cukup selesa, ada siling. Kita cuma sempat bina 98 buah. Ada tanah sendiri, kerajaan buatkan rumah.


"Bantuan JKM pula jika zaman BN setiap pemohon nak pengesahan pengerusi JKKK, ADUN. Zaman PH boleh terus hantar ke JKM, kita permudahkan.


"Kita juga bagi parking percuma pada Sabtu, Ahad. Zaman BN, 7 hari seminggu kena bayar," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page