top of page

PRN: Kerajaan akan kaji punca tak ramai keluar mengundi



Kerajaan Perpaduan bakal melaksanakan post mortem bagi memahami mengapa peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan semalam rendah, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil.


Perkara itu dimaklumkan Fahmi selepas mengikuti perkembangan keputusan enam PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.


"Dari segi turn out itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat post mortem untuk memahami dengan lebih mendalam," katanya dipetik.


Jumlah peratusan keluar mengundi semalam dilapor rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus kecuali Terengganu yang merekodkan 70 peratus.


Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu berkata ketika mengulas keputusan PRN menjelaskan, hal tersebut sudah dijangka berdasarkan beberapa dapatan daripada firma-firma kaji selidik.


"(Jadi) banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page