top of page

PRN: KEADILAN waspada kemaraan PN di Selangor



Kemaraan Perikatan Nasional (PN) di negeri lingkaran Melayu di Utara dan Timur Semenanjung sehingga tempiasnya dirasai di Selangor dipandang serius oleh KEADILAN.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 15 diketahui secara terperinci, KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) Selangor menumpukan sepenuh perhatian terhadap 'medan perang' Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan ditempuh 5 bulan daripada sekarag.


Katanya, Pas yang mengaku sebagai parti “paling sempurna” tidak boleh dipandang enteng dalam pertempuran pilihanraya kali ini.


"PN terutama parti yang “paling sempurna” Pas akan cuba sedaya upaya menanam benih kebencian rakyat terhadap PH Selangor dengan mempermainkan isu agama, bangsa dan sebagainya.


"Kenyataan Pas Selangor berkata PN ada keyakinan mampu ambil alih kerajaan Negeri, saya tidak akan pandang rendah," kata Wei Kiat dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu, persiapan PRN telah pun dibangkitkan dalam Konvensyen Piliharan Raya KEADILAN minggu lepas dengan Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli memberi peringatan bermakna kepada seluruh anggota dan jentera parti untuk bekerja lebih keras dalam menyantuni rakyat serta memperbaiki kelemahan.


"Oleh itu KEADILAN akan berwaspada menghadapi PRN Selangor yang bakal berlangsung pada tahun ini, dan saya percaya komponen parti PH juga akan ambil sikap yang sama.


"Saya yakin rakyat Selangor akan menilai prestasi Kerajaan Negeri yang diterajui PH Selangor. Rakyat semakin cerdik dan menerima lebih banyak informasi, mereka boleh membuat perbandingan cara pentadbiran Selangor dengan cara Pas memimpin negeri Kelantan, Terenggganu atau Kedah sebelum membuat keputusan di peti undi," katanya.


Tegas Wei Kiat, rakyat boleh melihat kesan baik pemerintahan PH selama 15 tahun dengan pelbagai nikmat yang mereka perolehi apabila tiada ketirisan berlaku dan sebarang kritikan rakyat segera diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.


"Dalam tempoh PH pegang kuasa di Selangor, kebajikan rakyat sentiasa dijaga, kritikan dan keluhan rakyat didengari oleh pihak kerajaan dan memperbaiki pengurusan.


"Yang lebih penting ialah kerjasama dan hubungan yang baik di antara negeri dan Kerajaan Persekutuan ini akan memberi lebih keyakinan kepada rakyat Selangor," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page