top of page

PRN: KEADILAN Wangsa Maju siap bantu DUN Sikamat



KEADILAN Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan akan membantu habis habisan mempertahankan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum 14 lalu di DUN Sikamat.


Menurut Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng, Cabang itu yang diberi tanggungjawab membantu DUN Sikamat akan berkerja bersungguh sungguh sehingga ke hari pengundian.


"Untuk Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan kali ini, Cabang Wangsa Maju diberi tanggungjawab membantu mempertahankan kerusi N13 Sikamat. Selama permahaman saya, kerusi yang disandang oleh Menteri Besar memang dijaga dengan baik.


"Saya percaya, rekod yang baik selama pentadbiran beliau boleh menjadi pemangkin kemenangan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan," kata Andre mengulas pertemuan beliau dan barisan kepimpinan Wangsa Maju dengan kepimpinan KEADILAN DUN Sikamat, semalam.


KEADILAN Wangsa Maju dalam pertemuan itu juga diwakili oleh Ketua Penerangan Cabang, Vijey Ravindaren, Naib Ketua AMK Cabang, Jacky Wee Hong Tan dan Setiausaha Pengelola Cabang, Maanoj Santhrasegran yang merupakan penduduk asal di Seremban.


DUN Sikamat merupakan kubu kuat Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan mempertahankan DUN itu sejak 3 penggal lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page