top of page

PRN: KEADILAN tidak keluar arahan sokong calon BN, GRS bertembung - Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • a few seconds ago
  • 1 min read

Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah sahkan tiada arahan dikeluarkan sokong calon BN atau GRS
Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah sahkan tiada arahan dikeluarkan sokong calon BN atau GRS

KEADILAN tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggotanya di Sabah untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) yang bertembung di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kepimpinan parti di peringkat Pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.


"Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di Kuala Lumpur hari ini.


Terdahulu terdapat laporan media menyebut sebuah Cabang KEADILAN menyatakan sokongan bagi calon BN di kerusi Tempasuk yang turut disaing dengan calon GRS.


Antara kerusi yang menyaksikan pertembungan calon GRS dan PH di kerusi DUN Moyog dalam Parlimen Penampang manakala BN-PH bagi DUN Karamunting di Sandakan.


Di DUN Kemabong pula menyaksikan ketiga-tiga parti bertembung sesama sendiri.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilapor menyifatkan pertembungan calon itu sebagai pertandingan persahabatan.


Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 November ini manakala pengundian awal pada 25 November.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page