top of page

PRN Johor: Soraya terima keputusan dengan hati terbuka

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN N16 Sungai Balang, Soraya Badarudin (gambar, kiri) menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati terbuka.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh pengundi dan mengucapkan tahniah kepada Selamat Takim yang berjaya mempertahan kerusi DUN tersebut.


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya.


"Walaupun rezeki tidak menyebelahi kita kali ini, perjuangan dan kasih sayang saya terhadap Sungai Balang sedikit pun tidak berkurang," katanya.


Menerusi hantaran sama beliau menyifatkan pengalaman sepanjang tempoh berkempen, mengenali dekat setiap wajah, dan mendengar sendiri setiap keluhan warga setempat sebagai anugerah besar.


Beliau turut mendoakan Sungai Balang terus maju dan kebajikan seluruh warganya sentiasa dipelihara.


"Tidak lupa juga kepada semua jentera, sukarelawan, dan keluarga besar HARAPAN yang telah bekerja keras siang dan malam tanpa kenal erti penat selama 14 hari berkempen.


"Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page