PRN Johor: PH tawar tambah peluang kerja, selesai masalah perumahan, Felda



Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dinasihatkan mengundi Pakatan Harapan (PH) pada 12 Mac ini


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah bersama pemimpin pemimpin utama PH malam tadi menimbulkan idea kerjasama ekonomi Johor - Singapura bagi memakmurkan ekonomi negeri sekiranya rakyat memberi mandat.


"Johor mempunyai potensi baik kalau pelaburan baik. Ingat Johor Riau Linggi, empayar Kesultanan Johor masa itu. Kita boleh guna sinergi yang sama kalau kepimpinan yang dilantik berwibawa.


"Sekarang Johor - Singapura - Batam Riau ini merupakan satu segi tiga penting untuk pembangunan kawasan


"Untuk apa pembangunan? Ia mengurangkan pengangguran. Seperti Mat Sabu sebut sekolah tinggi tinggi pun tak ada kerja. Dapat diploma tak dapat kerja. Apakah ini isu yang dibangkitkan (BN)," katanya.


Sebaliknya, menurut Anwar, jika rakyat beri semula mandat kepada BN maka bukan hal mereka yang akan disuarakan tetapi pemimpin BN akan berusaha bubar Parlimen untuk buat Pilihan Raya Umum dan melepaskan tokoh tokoh BN daripada hukuman di mahkamah.


"Untuk apa kita masuk PRN? Untuk berikan alternatif pembangunan rakyat, bukan meneruskan cara sama yang dilakukan oleh kerajaan BN


"Nak beri mandat kepada dia apa istimewa? Selain nak tunjuk kuasa dan tekan supaya PRU cepat dengan tujuan nak menyelamatkan tokoh yang sekarang ini sarat dengan soal rasuah.


"Percayalah cakap saya, kalau menang BN tujuan mereka untuk tuntut PRU segera dan cara itu menyelamatkan tokoh dia dalam kes rasuah. Tak ada cara lain melainkan minta mandat rakyat," katanya.


Presiden KEADILAN itu juga mengingatkan pengundi perlu ada prinsip dan tidak bersekongkol dengan pesalah rasuah.


Beliau membawa contoh artis artis Barat yang diberi hadiah menggunakan wang 1MDB memulangkan kembali hadiah tersebut tetapi orang Malaysia tidak pula punya prinsip seperti itu.


"1MDB macam tak ada apa apa. Banyak diterangkan dulu tentang 1MDB, yang pertahan lagi itu yang saya hairan. Tak kan nak harap orang kampung ini bodoh semua. RM32 bilion terhutang satu dunia tahu.


"Libatkan artis Leornado Caprio, RM200 juta untuk filem anak Najib. Bagi hadiah lukisan. Leornado bagi balik hadian kepada DOJ kerana dia tahu wang curi. Bintang Hollywood pun ada prinsip," katanya.


Selain itu, Anwar turut memberi kata dua kepada kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabril Yaakob sekiranya gagal membuat pengumuman untuk bentangkan Akta Anti Lompat Parti dalam minggu ini maka PH akan menghantar notis meninggalkan perjanjian memorandum kerjasama (MoU)


Beliau juga menempelak jurukempen parti lawan yang gunakan isu MoU sebagai senjata memburukkan PH kerana terdesak.


"Anti Lompat Parti kalau dia tak buat, batal persefahaman. Sekarang saya tahu hari Jumaat baru nak mesyuarat kabinet. Kalau tak umum Jumaat ini atau Sabtu kita akan beri notis tentang pembatan MoU.


"MoU ini beri peruntukan untuk rakyat. Apa dia yang utama dalam MoU, RM45 bilion untuk Covid. Itu yang kita luluskan. RM10 bilion untuk orang miskin. Undi 18 juga PH tetapkan masuk dalam MoU.


"Peruntukan kawasan parlimen semua negara dunia ada. Apa yang anehnya," katanya.


Justeru Anwar menyeru agar pengundi Johor membuat kejutan dan memenangkan PH serta KEADILAN dalam PRN pada 12 Mac ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER