top of page

PRN Johor: PH tawar dasar bela rakyat, bukan perjuangkan individu tertentu

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jul 8
  • 2 min read

Kempen Pakatan Harapan (PH) memasukki Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak bersandarkan kepada sentimen murahan atau 'penjualan' nama tokoh politik, sebaliknya berteraskan tawaran dasar dan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi rakyat negeri itu.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin (gambar) berkata, manifesto PH memberi tumpuan kepada usaha menambah baik dan merapatkan jurang ekonomi di Johor memandangkan sebahagian besar projek pembangunan dan kemajuan selama ini, lebih tertumpu di selatan negeri itu khususnya di sekitar Johor Bahru atau JB centric.


Melalui lima inisiatif yang dibentangkan, beliau berkata PH berhasrat membawa pembangunan yang lebih seimbang ke seluruh daerah di Johor sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri berkenaan.


"Justeru jurang ekonomi antara utara Johor dan Selatan Johor tidaklah terlalu besar. Perkara kedua (ialah mengenai) peluang pekerjaan. Ramai (golongan) profesional muda Johor yang bekerja di Singapura, Jika diberi peluang (mandat), PH ingin membawa mereka pulang (untuk) bekerja di Johor dengan gaji yang setimpal.


"Yang terakhir, dalam siri kempen PH, kita (juga) bentangkan data dan kejayaan yang dilakukan PH menerusi Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Johor.


"Kami tidak bermain sentimen murahan dan tidak menjual nama tokoh-tokoh untuk melazatkan lagi kempen PH," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komitmen PH dalam membangunkan lagi Johor menerusi manifesto yang antaranya memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki jurang ekonomi rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan dan pelbagai inisiatif lain tanpa menyentuh atau memberi kelebihan kepada mana-mana pemimpin politik.


Baru baru ini, anak kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nazifuddin menyatakan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor akan mencerminkan sokongan berterusan rakyat terhadap mantan Perdana Menteri itu, selain harapan agar beliau diberikan pengampunan diraja.


Nazifuddin dipetik berkata, jika BN menang besar pada PRN Johor kali ini, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong parti itu dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ (Najib) dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.


Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page