PRN Johor: Isu rasuah perlu diterangkan secara menyeluruh - Anwar



Isu korupsi yang masih membelenggu negara selepas dua dekad Reformasi seharusnya diterangkan secara tuntas kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjuangan melawan rasuah yang memiskinkan negara adalah hal yang membezakan antara Pakatan Harapan (PH) dan parti parti lain di Malaysia.


"Dalam hal ini berlaku pertelagahan antara dua aliran fikiran berbeza. Satu mengatakan Perlembagana kita pertahankan, bahasa Melayu, Islam agama Persekutuan, Raja Melayu.


"Itu tidak dipertikai tetapi negara ini harus menjamin semua rakyat merasa selesa dengan hak sebagai rakyat. Tidak disisihkan, tidak dianaktirikan.


"Ini yang utama yang tidak diterima oleh BN. Yang bicara tentang ketuanan Melayu pergi ke kampung lihat pegawai kerajaan pangkat rendah, B40 Melayu, apa yang mereka dapat? Yang kaya golongan konglomerat di kalangan pimpinan Umno. Seorang meninggal dunia bergaduh isteri dengan mertuanya. Harta dipunggah berbilion ringgit.


"Cis, apa makna ini semua kepada rkayat? Rakyat nak dapat RM40 tambahan elaun sebulan sukar.


"Ada lagi, 1MDB, sekarang kena bayar RM36 bilion. (Yang didapati bersalah) masih boleh berkeliaran, ada macai, pencacai yang cium tangan. Apa jenis manusia begini?" soalnya dalam ceramah di perkarangan pejabat KEADILAN Johor di Danga Utama, Skudai, malam tadi.


Anwar mengingatkan jentera KEADILAN harus menyampaikan maklumat kepada semua rakyat di segala ceruk rantau, yang tidak mungkin disampaikan oleh media arus perdana seperti RTM atau TV3.


Selain itu, beliau juga menyelar pelampau bukan Melayu yang menuduh kaum Melayu dapat semua melalui dasar afirmatif, sedangkan hanya Melayu elit yang mendapat keistimewaan.


"Kamu buta fakta kalau begitu, majoriti Melayu tidak dapat. Yang dapat di atas. Maka kita Melayu, Cina, India dan ini bangsa Johor, harus sepakat bangun menolak yang atas dan rasuah itu. Yang rasuah bukan semua Melayu, Cina pun ramai, India pun ada, di Sarawak Iban pun ada.


"Oleh yang demikian rakyat di bawah harus bangkit mewakili semua kaum junjung Perlembagaan negara," katanya.


Pengerusi Pakatah Harapan itu juga menyentuh mengenai hubungan parti parti dalam PH yang disifatkannya sebagai agenda 'orang lain' sedangkan beliau bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng setiap hari merancang strategi PRN Johor bersama.


"Soal masa hadapan PH ini agenda orang. Saya dengan Guan Eng, Mat Sabu setiap hari ada contact. Soal logo keputusan kita KEADILAN, tetapi yang penting kita bersama.


"Kalau ada ahli kita di kawasan DAP, itu kewajiban dia, tidak ada tolak ansur sama sekali untuk mempastikan kemenangan calon kita (PH) yang bertanding. Sama ada calon kita dengan logo KEADILAN atau Amanah dan DAP dengan logo PH, yang juga merupakan logo kita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER