PRN Johor: Buka pusat undi pos di Singapura - AMK



Kesukaran pengundi Johor yang bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berikutan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 yang ketat memerlukan penyelesaian bijaksana dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Johor, Akmal Nasir, kerajaan mempunyai dua cara bagi memudahkan rakyat mengundi, iaitu dengan mempermudahkan proses Vaccinated Travel Lane (VTL) atau membuka pusat undi pos di pulau itu.


"SPR perlu mencari jalan untuk memudahkan rakyat mengundi walaupun ada sekatan SOP. Sebagai contoh kalau mereka perlu balik mengundi, proses itu perlu dimudahkan. Perlu ada VTL khas kepada rakyat yang pulang mengundi.


"Sebenarnya boleh buka pusat mengundi di Singapura. SPR perlu ada di situ, wakil parti boleh memerhati proses, dan proses bawa balik peti undi berjalan secara telus," katanya.


Mengenai isu kempen pula, Akmal berkata, AMK akan menumpukan kepada isu isu anak muda di Johor yang tidak diselesaikan dengan baik oleh kerajaan BN.


"Dari segi persiapan atau fokus AMK, kita akan menumpukan isu anak muda yang mungkin menjadi ruang dan peluang ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.


"Kita tidak minta PRN dan saya rasa anak muda tidak mahu PRN tetapi apabila dewan telah dibubarkan, kita tiada pilihan tetapi berkempen dan angkat isu habis habisan," katanya.


Antara isu utama akan ditumpukan, kata Akmal, adalah kenaikan harga barang. Katanya, ketika pemimpin BN berperang di antara kluster mahkamah dan pro PM Ismail Sabri Yaakob harga barang di bawah tiada siapa yang mengawal.


Malah, ujar Akmal kenaikan kali ini luar biasa kerana rakyat telah meramalkannya selepas Tahun Baharu Cina semua barang akan melambung.


"Kita (lihat) ketika pemimpin sibuk berpolitik harga barang naik lebih teruk. Ini bukan kerana Tahun Baharu Cina. Biasanya harga melambung sebab perayaan tetapi sekarang harga dijangka naik naik selepas perayaan," katanya.


Akmal juga menegaskan AMK akan menuntut 6 kerusi untuk anak muda dalam PRN kali ini kerana katanya mood di bawah mahukan kepimpinan lebih muda dan segar.


"Mood atau pandangan umum ketika ini mereka mahu anak anak muda ke depan. Mereka mahu kepimpinan lebih segar dan baharu untuk mengambil amanah dan tanggungjawab.


"Bagi peringkat AMK, kami akan mengemukakan kepada kepimpinan parti untuk menamakan sekurang kurangnya 6 calon dari AMK. Bersamaan kita syorkan 30% calon anak muda," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER