top of page

PRN: Jika prestasi kerajaan Madani baik, semua kaum keluar mengundi




Teori menyatakan kemungkinan pengundi bukan Melayu tidak akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Julai ini sebagaimana dalam PRN Melaka dan Johor sebelumnya, tidak sepenuhnya tepat.


Bagi Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya KEADILAN Pusat, G. Manivanan, sama ada keluar atau tidak, halnya amat bergantung kepada prestasi Kerajaan Perpaduan sejak mula mentadbir negara sehinggalah pada hari membuang undi.


"Saya rasa ini bukan isu Melayu atau bukan Melayu. Ini isu tentang pengundi. Iaitu apa yang mereka rasakan tentang kerajaan Madani ketika ini. Kalau mereka rasa puas hati, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan sebagainya perlu diberikan mandat serupa (PRU 15) maka mereka akan keluar mengundi. Jika mereka merasakan semua sama (tiada perubahan tukar kerajaan), mungkin itu yang akan menyebabkan mereka tidak keluar mengundi


"Saya tidak kaitkan sangat itu Melayu atau bukan Melayu. Saya kaitkan kepada prestasi kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, Manivanan berharap kerajaan Madani akan mampu mempamerkan prestasi atau hasil kerja terbaik dalam menyelesaikan semua isu rakyat yang berbangkit dalam jangka masa 3 bulan mendatang ini.


"Jadi tanggungjawab kita kerajaan Madani, kita kena pastikan setiap isu dibangkitkan kita selesaikan dengan terbaik. Setiap isu yang perlu diselaraskan maka diselaraskan secara holistik supaya rakyat dapat melihat perbezaan di antara kerajaan Madani dengan kerajaan sebelum ini.


"Kalau mereka dapat saksikan ada perbezaan, kalau dapat merasakan inilah yang terbaik dan ada masa depan yang menjamin, saya pasti Melayu, India, Cina, mereka akan keluar mengundi pada PRN akan datang," katanya.


Bagaimanapun untuk membandingkan PRN Melaka dan Johor yang mana banyak bukan Melayu tidak keluar mengundi sebagaimana tanggapan sesetengah pihak, Manivanan tidak bersetuju.


Dalam pada itu beliau juga tidak menolak terdapat pihak yang cuba untuk meyakinkan pengudi bukan Melayu untuk tidak mengundi dan Pakatan Harapan perlu berjaga jaga terhadap strategi berkenaan.


"Faktor yang mengelilingi isu ketika PRN Melaka dan Johor adalah berbeza dengan faktor ketika ini.


"Namun sebagai Kerajaan Persekutuan, kerajaan Madani perlu pastikan semua keluar mengundi. Saya pun ada dengar dengar mengatakan ada pihak yang sedang susun strategi untuk pastikan pengundi bukan Melayu supaya mereka tidak keluar agar ini akan berikan kemenangan mudah kepada PN," katanya lagi.


Untuk rekod, buat masa ini PN amat menumpukan Selangor memandangkan mereka yakin akan menang di 15 kerusi DUN dan mungkin lebih daripada itu sehingga 20 kerusi. Selangor memerlukan 29 kerusi DUN untuk mana mana parti mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page