top of page

PRN: Jentera PH-BN ada matlamat bersama, menang di Selangor



Jentera parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan perlu bekerja keras memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika melancarkan Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam tadi.


Tegasnya, Selangor perlu menjadi pembuka lembaran baharu politik negara dengan gerak kerja yang lebih padu dan tersusun daripada setiap ahli serta pendokong parti di dalam PH dan Barisan Nasional (BN), khususnya bagi menawan hati pengundi yang sebahagiannya daripada golongan cerdik pandai.


Kemenangan di Selangor tambahnya, tidak hanya berkisar kepada kejayaan PH dan BN semata-mata, sebaliknya ia menjadi simbol kepada usaha Kerajaan Perpaduan mengangkat martabat Malaysia kembali disegani di rantau ini.


"Selangor ini negeri yang ramai dengan orang yang cerdik pandai serta matang dalam politik…negeri ini akan menentukan standard baharu politik di dalam negara ini.


"Jadi kita mahu setiap gerak kerja yang dibuat perlulah dengan semangat, keikhlasan selain niat yang betul untuk menyelamatkan rakyat, negeri, agama dan negara daripada mereka yang rakus kuasa," kata Presiden KEADILAN itu.


Pada ucapan sama, Anwar turut menegaskan dalam memburu kemenangan di Selangor, setiap pendukung PH-BN perlu mengetepikan perbezaan sebaliknya bekerja sebagai satu pasukan.


"Orang PH nak pegang bendera BN jangan rasa susah, begitu juga orang BN bila pegang bendera PH…ingat, kita ada matlamat bersama untuk pertahankan negeri agama, bangsa dan negara," tambah Perdana Menteri itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page