top of page

'PRN bukan rebut kerusi tetapi bela maruah rakyat Johor' - Syed Ibrahim



Ketegangan berhubung tuntutan kerusi antara MUDA dan KEADILAN tidak sewajarnya berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, siri rundingan bersama MUDA telah pun dilakukan dan parti itu telah ditawarkan 3 kerusi yang pernah ditandingi Bersatu dalam pilihan raya dahulu.


Bagaimanapun, katanya kerusi tersebut ditolak mentah mentah oleh MUDA.


"Tiga kerusi yang ditawarkan oleh KEADILAN telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran. Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang “dituntut” merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada KEADILAN. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan.


"Sebagai anggota komponen Pakatan Harapan (PH), KEADILAN tetap berpegang kepada muafakat bersama rakan-rakan yang menekankan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Ledang itu lagi, KEADILAN melaksanakan perundingan secara berdisiplin dan menghormati semangat kebersamaan dalam setiap keputusan.


"Sejak pembangkang bersama, sama ada semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara.


"Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata. Tumpukanlah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya," kata Syed Ibrahim lagi.


Terdahulu, Presiden MUDA, Syed Sadiq Abdul Rahman berkata rundingan kerusi yang buntu antara partinya dengan KEADILAN mungkin menyebabkan berlaku pertembungan antara kedua dua parti dalam PRN Johor kali ini.


Namun beliau berharap hal tersebut tidak berlaku menjelang pengumuman terakhir calo calon KEADILAN esok.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page