top of page

'PRN bukan lawan bola, saya janji baiki kemudahan sukan' - Firdaus



Menghadapi lawan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan Baddrol Bakhtiar bukanlah mudah.


Namun bagi calon Pakatan Harapan (PH) DUN Gurun, Firdaus Johari, tidak sebagaimana yang dikatakan penyokong lawan bahawa beliau perlu setara pemain bola kebangsaan, tawaran yang beliau umumkan dalam Pilihan Raya Negeri adalah untuk memperbaiki kemudahan sukan di Gurun agar anak muda lebih selesa bersukan.


"Ada orang kata, kamu lawan orang main bola, kamu pun kena main bola. Ini bukan pertandingan bola. Saya hormati Baddrol Bakhtiar (bekas kapten skuad Liga Super Kedah), ini kawan saya, orangnya baik, cakap lemah lembut.


"Cuma manifesto untuk anak muda di Gurun ini, kita akan tambah baik kemudahan sukan. Contoh Taman Seri Utama anak muda main bola tetapi pagar roboh, tiang gol rosak.


"Atau di Kebun Teh ada dewan badminton tetapi lampu rosak, kita boleh baiki. Gelanggang takraw akan dibaiki simen, buat elok elok.


"Selepas 12 Ogos (PRN) kita akan turun, tengok dan perbaik. Itu maksudnya manifesto. Kita janji apa yang kita boleh buat," katanya dalam ceramah di Kampung Chempedak, Padang Lembu, Gurun malam tadi.


Firdaus (baju kemeja putih) berkempen dalam kalangan penyokong masyarakat India

Sebelum itu beliau mengupas salah satu manifesto Perpaduan Kedah yang akan melaksanakan pendidikan TVET secara besar besaran kepada anak muda yang tidak menyambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.


"Kita ada ramai anak lepasan SPM kadang tak dapat belajar universiti, kita ada TVET. Nak buat sijil vokasional. Sekarang vokasional mahal harga. Kalau tak belajar ijazah boleh buat vokasional


"Anak muda boleh perbaiki aircond, wiring, boleh kerja di kilang. Kita bagi latihan sijil, ada elaun, dia keluar dan boleh kerja," katanya.


Firdaus juga berjanji akan menganjurkan karnival kerjaya di Gurun secara lebih kerap di beberapa tempat untuk anak anak muda dipilih oleh majikan yang memerlukan pekerja.


"Kita akan buat hari kerjaya. Misalnya di Kulim ada hari kerjaya tawar 4,000 peluang kerja. Semua syarikat swasta buka kaunter.


"Nanti kita buat di Gurun, mana mana yang ada sijil syarikat swasta akan ambil kerja. Anak di Gurun tak duduk saja. Dia boleh berkerja dan bawa balik duit," katanya.


Menyentuh mengenai komuniti India di Gurun, Firdaus berkata, masyarakat India perlu melihat calon calon yang diturunkan oleh PH Kedah kali ini meliputi semua golongan, termasuk Cina, India dan bahkan masyarakat Siam, misalnya di Sidam dengan menurunkan calon berketurunan Siam, Baw W Intharath.


Hal itu katanya, berbeza dengan PN yang lebih menumpukan untuk mengaja orang Melayu sahaja.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page