top of page

PRN amat mencabar, KEADILAN tekad terus perjuang hak rakyat - MPN Sarawak



KEADILAN bertekad akan berjuang habis habisan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak bagi membebaskan rakyat negeri itu daripada ketidakadilan dan penindasan yang berlaku selama ini.


Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Penasihat MPN Sarawak, Datuk Seri Hafsah Harun hari ini berkata, parti itu telah mengemukakan semua fakta menolak diadakan PRN pada 2021 namun Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap meneruskan hasrat mereka biar pun pandemik Covid 19 dan isu Undi 18 belum selesai.


"Kami maklum PRU DUN Sarawak ini sangat mencabar buat semua pihak oleh kerana pandemik Covid-19 yang telah membawa kesan yang mendalam kepada seluruh masyarakat, lebih-lebih lagi rakyat Sarawak.


"Dari awal lagi kami telah memberi amaran kepada Kerajaan GPS bahawa mengadakan PRU DUN Sarawak-12 pada waktu jegala Covid-19 masih merebak bukan pilihan yang berjiwa rakyat.


"Kami juga telah memberikan peringatan tegas kepada Kerajaan GPS mengadakan PRU DUN Sarawak hanya 12 hari sebelum Undi-18 menjadi kenyataan pada 1 Januari 2022 bukan satu langkah yang adil kerana ramai anak muda yang akan kehilangan peluang mereka untuk mengundi," katanya.


Namun KEADILAN Sarawak, kata Hafsah tetap menerima cabaran GPS biar pun dalam kesulitan dan akan bertarung di tengah tengah Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen pilihan raya paling ketat sepanjang sejarah negeri itu.


Katanya, tekad KEADILAN hanyalah untuk memastikan rakyat Sarawak terbela dan tidak terus ditindas oleh rejim BN dan kini GPS.


"Bagaimanapun, kami akan terus memperjuangkan nasib rakyat dan melawan tindakan GPS sebagai kerajaan yang gagal membawa kemajuan dan kemakmuran yang adil serta saksama buat seluruh rakyat Sarawak, khasnya penduduk luar bandar," katanya.


Selain itu, Hafsah berkata, MPN turut maklum rasa kecewa para ahli dan penyokong di mana KEADILAN tidak bertanding di banyak kerusi sebagaimana pada PRN yang lalu.


Namun, katanya, rakyat dan penyokong KEADILAN haruslah kekal menolak GPS di kawasan yang dipertandingkan.


"Kami turut memahami rasa kecewa di beberapa kawasan yang tidak ditandingi pada kali ini, namun keputusan telah diambil oleh parti di atas dasar strategik memandangkan kami ingin mengelakkan pertembungan kerusi penjuru 3, isu logistik dan SOP yang ketat disebabkan pandemik Covid-19 yang sangat menyekat kempen di lapangan.


"Kami sedia maklum bahawa kempen melalui talian sangat sukar di kebanyakan kerusi luar bandar oleh kerana liputan jaringan internet yang tidak memuaskan.


"Namun demikian, kami berharap semua ahli parti dan penyokong akan terus memberi kerjasama penuh kepada 28 orang calon ini untuk meraihkan kemenangan dan menolak GPS di kawasan masing-masing," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page