PRN: 6 calon KEADILAN N Sembilan terima watikah
- Suara Keadilan

- Jul 28, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Sebanyak 6 calon KEADILAN Negeri Sembilan menerima watikah pelantikan semalam untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada penamaan calon 29 Julai ini.
Penyerahan watikah tersebut menandakan secara rasmi kata sepakat pimpinan KEADILAN bagi menyokong calon yang akan dipertandingkan esok.
Antara calon yang bertanding ialah Datuk Seri Aminuddin Harun (Sikamat), Yew Boon Lye (Chuah), Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan), Nur Zunita Begum (Pilah), Ismail Ahmad (Labu) dan Dr. Rajasekaran (Sri Tanjung).
Terdahulu, pada 23 Julai lalu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan 56 calon untuk bersaing di lima buah negeri yang akan menganjurkan PRN.
Dalam ucapannya di Laman MBSA, Shah Alam beliau memperkenalkan 41 muka baharu, manakala 16 calon lagi adalah penyandang kerusi yang dikekalkan.
KEADILAN meletakkan seramai 20 calon di kerusi DUN Selangor, diikuti Pulau Pinang (13), Kedah (10), Negeri Sembilan (6), Kelantan (6) dan Terengganu (3).
Turut diumumkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mempertahankan kerusi yang disandangnya di Dun Sungai Tua.




Comments