top of page

PRK Sg Bakap: Perjuangan Otai Reformis belum selesai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11, 2024
  • 1 min read

ree

Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKROM) telah membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap baru baru ini sejak penamaan calon pada 22 Jun lagi.


Menurut Setiausaha PKROM, Saiful Annuar Sulaiman, ahli PKROM dari Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah berkampung di beberapa daerah mengundi (DM) dan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Cikgu Joohari Ariffin sedaya mungkin.


Pasukan Otai Reformis, katanya, dikepalai Presiden Mustapa Mansor Amer Mohd Isa di bawah koordinasi ketua unit logistik PH, Senator Amir Ghazali telah mengikut gerak kerja kempen yang dijadualkan oleh PH.

ree
Ahli PKROM terlibat menganjurkan flashmob

"Penglibatan Otai Reformis ini bermula dengan perjumpaan pasukan Perpaduan dan sukarelawan NGO NGO dalam program Sembang Santai Sukarela yang diadakan sejurus lepas hari penamaan calon


"Kemudian PKROM menyertai pelbagai gerak kerja untuk memenangi hati pengundi seperti gotong royong di kawasan kampung Sungai Duri dan beberapa tempat sehingga hari pengundian pada 6 Julai.


"Pasukan otai PKORM telah mengerah sejumlah reformis untuk turun membantu di beberapa daerah mengundi," katanya.


Bagaimanapun, ujar Saiful Annuar nasib tidak menyebelahi PH kerana tewas kepada calon Pas akibat kurangnya kaum Cina dan India membuang undi pada 6 Julai.


Namun, kata beliau, kekalahan itu tidak mencalar semangat Otai Reformis untuk terus membantu dalam mana mana PRK selepas ini kerana kekalahan bagi reformis hanyalah pembakar semangat untuk berusaha lebih kuat sehingga menggenggam kejayaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page