top of page

PRK Pulai tiga penjuru, Simpang Jeram saingan tiga penjuru



Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram selesai hampir sejam tadi menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Pulai dan 2 penjuru di Simpang Jeram.


Di Pulai calon PH Suhaizan Kaiat, bekas Speaker DUN Johor ditentang oleh calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas).


Sementara itu, di Dun Simpang Jeram, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang juga seorang jurutera Majlis Perbandaran Muar (MPM) menentang calon PN Dr Mohd Mazri Yahya dan seorang lagi calon Bebas S Jegananthan.


Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Pulai mempunyai sebanyak 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) sebanyak 26 orang.


Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, Senator DS Mujahid Yusof antara mengiringi calon PH DUN Simpang Jeram - Foto Berita RTM

DUN Simpang Jeram pula terdapat 40,379 pemilih dengan 40,373 pengundi biasa manakala enam orang PTH.


Mantan penyandang, Datuk Seri Salahuddin Ayub menang di Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi selepas mendapat 64,900 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendapat 31,726 undi.


Salahuddin menang di DUN Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri Johor Mac tahun lalu dengan memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh (6,350 undi), calon BN, Lokman Md Don (6,062). Salahuddin merupakan satu satunya calon Amanah yang menang dalam PRN ketika itu.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page