top of page

PRK Pulai, Simpang Jeram: PH ada kelebihan - Ilham Centre


Oleh: Abdullah Zaid


Pola pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dijangka memberi kelebihan besar buat Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan.


Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata faktor demografik bagi kedua kerusi tersebut yang lebih didominasi pengundi bukan Melayu memberi kelebihan tersendiri buat blok Perpaduan.


Namun, jelasnya, kadar keluar mengundi akan memainkan peranan besar untuk memastikan kebolehmenangan itu.


"Faktor demografik Pulai dan Simpang Jeram memberi satu kelebihan besar buat PH kerana PN memerlukan sokongan Melayu yang tinggi dan sedikit daripada pengundi bukan Melayu untuk merampas kerusi.


"Jadi ikut situasi, PH mendapat kelebihan yang lebih daripada PN tetapi faktor keluar mengundi juga memainkan peranan," katanya.


Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab dalam Wacana Pasca Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 bertajuk 'PRN 6 Negeri: Apa Telah Terjadi' di Akademi Pengajian Melayu (APM) di Universiti Malaya pada Jumaat.


Mohd Yusri terdahulu membentangkan dapatan kajian berjudul 'Pola Pengundian PRN Membentuk Polarisasi Kaum’.


Dalam sasi soal jawab, Yusri yang juga pensyarah Universiti Terengganu Malaysia juga yakin blok gabungan Pas, Bersatu dan Gerakan masih tidak mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) walaupun mendapat sokongan menyeluruh daripada pengundi Melayu.


Hal itu katanya, untuk memenangi kerajaan pusat sokongan daripada pelbagai kaum perlu diambil kira.


"Seandainya PRU16 nanti PN berjaya menguasai sokongan Melayu secara total (tetapi) tanpa sokongan lain mereka masih tidak cukup untuk memenangi pilihanraya terutama di kawasan bandar.


"Sebab itu, untuk bentuk kerajaan mesti mendapat sokongan multi-ethnic (pelbagai kaum)," ujarnya.


Selain itu, beliau juga menyentuh peranan UMNO untuk menarik semula sokongan Melayu melalui gerak kerja jentera parti itu dan sekali gus dapat mengukuhkan semula parti Melayu tersebut.


"Kajian kami menunjukkan orang Melayu mudah untuk dirawat dan UMNO mempunyai penyokong yang setia selain Pas.


"Jika kita lihat Muafakat Nasional kerjasama Pas-UMNO, bukan mudah (berlaku) kerana Pas pernah kafirkan UMNO tetapi mereka (Melayu) okay sahaja sebab ada penerangan yang jelas.


"Tetapi kenapa naratif bersama DAP tidak boleh sedangkan kita ada sebab yang kuat gabungan itu diwujudkan (atas saranan Yang di-Pertuan Agong)," jelasnya lagi.


Oleh itu, kata Yusri, UMNO pada ketika ini mesti bermula dari bawah dan melakukan kerja secara sukarela, melupakan amalan 'turun duit, kerja jalan' untuk menarik semula sokongan Melayu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page