top of page

PRK Pulai, Simpang Jeram: BN beri laluan kepada Amanah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 4, 2023
  • 1 min read


Pimpinan Barisan Nasional (BN) sepakat membuat keputusan bagi memberikan laluan kepada Amanah, parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dan mempertahan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini.


Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pimpinan BN menghormati kerjasama terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan dan merasakan Amanah berhak mempertahankan kerusi tersebut, yang kosong susulan kematian timbalan presiden parti itu Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.


"Kita amat menghormati kebersamaan AMANAH sebagai rakan kongsi politik dalam Kerajaan Perpaduan. Kita tahu bahawa kerusi Parlimen itu hak AMANAH, iaitu rakan kongsi politik kita dalam Kerajaan MADANI.


"Maka kita harus menghormati mereka (wakil AMANAH) sebagai calon boleh menang. Yang keduanya, kerusi DUN itu juga kepunyaan AMANAH. Atas semangat Kerajaan MADANI, kita akan mendukung calon untuk kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi AMANAH.


"Kita akan mendukung kedua-dua calon untuk kerusi itu," katanya.


PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian bekas Timbalan Presiden AMANAH yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akibat pendarahan otak pada 23 Julai lalu.

Pada PRU15, Salahuddin menewaskan calon BN dan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 33,174 undi di Pulai.


Allahyarham juga menang kerusi DUN Simpang Jeram di Muar selepas memperoleh 8,749 undi menewaskan tiga pencabar dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page