top of page

PRK: Pengundi kerja di Singapura dirayu pulang, pertahan kestabilan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 8, 2023
  • 1 min read


Sehari sebelum hari mengundi, calon Pakatan Harapan Suhaizan Kayat merayu pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) P 161 parlimen Pulai untuk pulang mengundi pada esok hari.


Katanya kepulangan mereka adalah misi untuk mempertahankan kemenangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dan juga mempertahankan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Suhaizan Kayat

"Saya merayu kepada semua pengundi parlimen Pulai, terutamanya yang bekerja di Singapura agar keluar mengundi beramai ramai pada 9 September


"Saya dengan rendah hati ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana sanggup menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan keluar mengundi


"Kesungguhan dan usaha anda semua sebagai pengundi amatlah dihargai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengundi Pulai yang bekerja di Singapura. Saya harap anda semua mampu membantu negara dalam menjaga kestabilan," katanya dalam satu video pendek.


Beliau berharap mereka yang pulang nanti akan mengundi calon nombor 3 di kertas undi bagi meneruskan legasi baik Salahuddin dengan pendekatan Rahmahnya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page