top of page

PRK Pelangai: PN tiada isu, kempen hanya fitnah, hina orang



Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang semakin hampir ke hari mengundi pada 7 Oktober ini diwarnai kempen adu domba pihak pembangkang.


Menurut Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Malaysia, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, PN dilihat ketiadaan modal sepanjang lebih seminggu berkempen apabila ceramah mereka berkisar penghinaan ke atas Kerajaan Perpaduan atau menyebarkan tohmahan perkauman yang tidak berasas.


Katanya, tiada satu pun tawaran menyenangkan pengundi yang mereka janjikan sekiranya menang di Pelangai.


"Sebelum penamaan calon, dimainkan isu UMNO tidak relevan, calon tidak sesuai. Bila saya pergi ke bawah lepas penamaan calon apa yang kita dihidangkan, 'kita nak menyelesaikan masalah'.


"Kalau pilih dia, dia boleh buat apa? Pada saya hanya merosakkan lagi perpaduan di Pelangai.


"Rata rata kita lihat kempen mereka menjurus penghinaan, serangan, mencarut. Saya lihat mereka tak ada isu. Terutama sekali pengarah pilihanraya PN (Datuk Seri Sanusi Md Nor).


"Kepimpinan PN saya lihat bukan sahaja ketandusan idea tetapi juga ketandusan keperibadian yang mulia untuk dipamerkan bagi meyakinkan rakyat," katanya dalam siaran langsung Facebook bertajuk "Celoteh Pelangai".


Oleh itu, Abdullah Sani yang juga Pengerusi Tekun Nasional meminta pengundi UMNO pada pilihanraya lalu yang diserang keraguan kali ini atau pengundi atas pagar yang belum membuat pilihan, untuk berfikir secara matang.


Beliau berkata, amat tidak masuk akal hujah PN bahawa jika mereka menang di DUN Pelangai, Kerajaan Persekutuan boleh jatuh dan kuasa bertukar tangan.


"Hanya orang biul sahaja bercakap macam ini. Saya tidak faham mengapa ada orang boleh percaya dengan cakap mengarut itu.


"Inilah yang berlaku di bawah. Saya nampak bila ia disampaikan dalam keadan emosi maka dianggap satu saranan yang bijaksana," katanya.


Tegas Abdullah lagi, buat kelompok peneroka Felda, Menteri Besar Pahang telah pun membariskan jasa Kerajaan Negeri terhadap peneroka dengan meluluskan tanah kepada generasi kedua Felda dan membina rumah untuk mereka. Begitu juga perancangan selanjutnya untuk memajukan peneroka serta keluarga mereka.


Jelas beliau, sewaktu kerajaan PN memerintah hanya hutang peneroka Felda dimansuhkan tetapi kerajaan tidak membayar pampasan kepada Felda, menyebabkan agensi itu sukar meneruskan penyediaan bantuan kepada peneroka. Kerajaan Perpaduan sebaliknya telah meluluskan dana RM8.3 bilion untuk menampung kehilangan kewangan Felda setelah melupuskan hutang.


Selain itu, beliau juga mengingatkan orang Melayu seputar isu aset Tabung Haji yang difitnah Pas pada 2019 lalu, kononnya telah diserahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada pemodal Cina.


Ternyata aset itu kini akan diserahkan kembali oleh Kementerian Kewangan kepada TH.


"Tabung Haji, Lim Guan Eng (terbukti) selamatkan aset. Selepas TH boleh ditadbir dengan baik, sekarang nak serah balik (aset) ke TH. Maknanya kerajaan ini betul betul nak selamatkan orang Melayu


"Masalahnya kita cepat emosi. (Konon sokong DAP) nak jadi komunis, kafir, itu menyebabkan isu dibangkitkan Felda Chemomoi banyak isu ini.


"Dia kata kalau PN menang selamat bangsa Melayu dari dikongkong oleh DAP," sinis Abdullah lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page