top of page

PRK Pelangai: Perang bendera BN lebih mendominasi



Kurang 16 jam sebelum pengundi Pelangai membuang undi, perang poster dan bendera antara Barisan Nasional (BN) dan PN dilihat lebih memihak kepada parti kerajaan.


Tinjauan Suara Keadilan di sekitar DUN Pelangai misalnya, menyaksikan poster dan bendera calon BN memenuhi kawasan strategik seperti di simpang simpang jalan.


Markas BN yang dijadikan tempat untuk jentera menyiapkan bendera dan poster bagi kegunaan kempen juga kelihatan meriah dengan kebanjiran orang ramai.


Selain itu, dijangkakan jentera BN membuat konvoi bagi mengisi kemeriahan suasana PRK di samping mengalakkan pengundi untuk turun membuang undi.


Oleh: Abdullah Zaid


Memantau suasana itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memuji pihak berkuasa kerana berjaya mengawal kempen 14 hari itu berlangsung secara baik dan terkawal.


"Yang paling penting adalah peluang untuk setiap parti mendekati rakyat yang merupakan pengundi tak terhalang. Tugas tugas polis adalah jaga keselamatan dan tugas parti, kempen untuk dapatkan sokongan," ujarnya.


Sabtu ini, seramai 16,456 pemilih berdaftar di DUN Pelangai akan membuang undi bagi memilih ADUN baharu mengantikan penyandanganya Datuk Seri Johari Harun yang meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam Ogos lalu.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan Datuk Amizar Abu Adam bakal daripada Barisan Nasional (BN) berentap dengan Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page