top of page

PRK Pelangai: Masyarakat Melayu tolak politik fitnah, adu domba PN



Kemenangan calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai merupakan satu isyarat jelas daripada pengundi Melayu yang mula menolak politik fitnah dan adu domba yang dimainkan oleh PN sejak hampir setahun lalu.


Menurut Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Senator Hasbie Muda, PN gagal untuk 'memamaikan' minda Melayu luar bandar di Pelangai, biar pun PN telah menang di kawasan sekitar termasuk Temerloh, Maran dan beberapa parlimen lain.


Kemenangan juga, katanya, isyarat pengundi Melayu telah menerima kewujudan Kerajaan Perpaduan dan bersedia bernaung di bawahnya.


"Kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Pelangai adalah satu pencapaian yang signifikan dan penting dalam proses demokrasi negara kita.


"Ia bukan sekadar kemenangan politik, tetapi juga satu manifestasi yang kuat tentang kesatuan dan sokongan masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan," kata Hasbie yang pernah bertanding di parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum lalu.


Tegas beliau, kejayaan BN mengekalkan kemenangan itu merupakan satu sikap penolakan yang jelas pengundi Melayu terhadap politik ingin 'menyelamatkan Melayu' tetapi memusuhi Melayu lain yang dibawa PN.


"Pemuda AMANAH percaya bahawa kemenangan ini adalah manifestasi rakyat Pelangai khususnya, dan Pahang amnya yang menolak politik perpecahan dan perkauman sempit.


"Ini adalah satu mesej yang jelas bahawa rakyat Pahang menghargai kesatuan dan keharmonian dalam negara. Ia juga suatu peringatan kepada PN agar lebih memahami dan merangkul kepelbagaian budaya dan perpaduan sebagai prinsip asas dalam mentadbir negara," katanya.


Tambah Hasbie lagi, Pemuda AMANAH akan terus mendukung usaha Kerajaan Perpaduan untuk memperjuangkan kepentingan kaum Melayu dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang etnik atau politik.


Seterusnya berusaha untuk memperkuat perpaduan dan kesatuan berbilang kaum di Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page