top of page

PRK Pelangai: Calon BN diarak penyokong Kerajaan Perpaduan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 23, 2023
  • 1 min read

ree

Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai, Pahang menyaksikan persaingan 3 penjuru di antara calon BN, PN dan Bebas.


Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dari UMNO mendapat sambutan meriah daripada para penyokong BN dan Pakatan Harapan yang berkumpul sejak pukul 7.00 pagi. Beliau diarak ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul oleh kira kira 700 penyokong dan tiba di sana kira kira jam 9.00 pagi.


Datuk Amizar yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong diiringi oleh Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi, Pengerusi perhubungan BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Bentong dari DAP Young Syefura Othman dan ramai lagi pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Okt manakala 7 Okt sebagai hari pengundian.


Calon BN dijangka ditentang oleh Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat mewakili PN dan Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page