PRK Pelangai: 16,456 pengundi tentukan ADUN baharu
- Suara Keadilan
- Oct 7, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Seramai 16,456 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi memilih wakil rakyat baharu.
Pilihanraya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang dicabar Kasim dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Sebanyak sembilan pusat mengundi dan 30 saluran akan dibuka untuk tujuan pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan setakat pukul 9.00 pagi ini menyatakan sekitar 10% pengundi telah keluar membuang undi.
Badan Pilihan raya itu menjangkakan 75% pengundi akan keluar, turun sedikit daripada angka keluar mengundi pada Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, sebanyak 78%.
Penyandang terdahulu Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Kasim (PN), calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad.
PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, Ogos lepas.
Comments