top of page

PRK Pelangai: 10% undi dikira BN mendahului

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 7, 2023
1 min read


Lebih 10% kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dikira setakat pukul 8.00 malam menyaksikan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendahului tipis dengan 558 undi.


Calon PN Kasim Samat mendapat 971 undi, manakala Datuk Amizar pula sebanyak 1,529 undi.


Kesemua tong undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran telah dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.


Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan pemenangan PRK kali ini akan diketahui sebelum pukul 10 malam ini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page