top of page

PRK Mahkota: Peratusan keluar mengundi 23.39 % setakat 11 pagi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 28, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Setakat jam 11 pagi peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mencatatkan 23.39%, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Proses mengundi setakat ini dilaporkan berjalan lancar dalam suasana cuaca redup.


Bagi melancar proses pengundian sebanyak 20 pusat pengundian dibuka serentak pada jam 8 pagi tadi dengan 109 saluran hingga jam 6 petang ini.


Proses penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal 9 malam.


Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.


PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.


PRK berkenaan yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Perpaduan (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, dan wakil daripada Perikatan Nasional (PN).


*Gambar ihsan SPR

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page