top of page

PRK Kuala Kubu Bharu: AMK beri jaminan kerah tenaga, tarik pengundi muda



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia optimis untuk mengoptimumkan sokongan pengundi muda bagi memastikan kemenangan blok Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.


Menurut kenyataan AMK, bagi memastikan misi itu tercapai majlis pimpinan sayap pemuda parti baru-baru ini memutuskan Ketua AMK Selangor Izuan Kassim menjadi Pengarah Pilihanraya AMK.


"AMK akan memastikan jentera akar umbi di DUN Kuala Kubu Bharu berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik dan akan mengoptimumkan kapasiti jentera pilihanraya AMK.


"Di samping itu, jentera sokongan dari seluruh negara juga telah pun diarahkan untuk turun ke Kuala Kubu Bharu untuk membantu," kata AMK dalam satu kenyataan hari ini.


Jelas kenyataan itu, dalam misi wajib menang itu AMK akan ‘berkampung’ di beberapa kawasan tumpuan bagi mendekati golongan belia dari pelbagai latar.


"Isu tumpuan bagi kerja-kerja penerangan adalah pembangunan dan isu setempat di samping persoalan peringkat nasional khususnya yang menyentuh soal perpaduan masyarakat, kepesatan ekonomi dan inisiatif Kerajaan MADANI selain menangkis fitnah dan propaganda pembangkang," ujarnya.


Selain itu, sayap jentera parti KEADILAN tersebut menegaskan kempen kali ini juga akan digerakkan sendiri secara mandiri tanpa bergantung kepada jentera kerajaan seperti amalan lazim sebelum ini.


"Kami yakin, golongan belia di Kuala Kubu Bharu mampu untuk menjelmakan diri sebagai sebuah kelompok generasi muda yang rasional, berpengetahuan, demokratik, dan matang dalam mendepani suasana politik yang runcing sekarang," ujarnya lagi.


Tegas sayap jentera KEADILAN itu pilihan raya kecil berkenaan mestilah dilatari semangat kesederhanaan agar ia dapat ditangani dengan cermat, harmoni dan penuh semangat perpaduan, sekali gus menterjemahkan makna kematangan golongan belia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page