top of page

PRK Kuala Kubu Baharu: PH Selangor beri bayangan calon DAP bertanding



Pakatan Harapan (PH) Selangor memberi bayangan akan meletakkan calon DAP bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu nanti.


Pengerusinya Datuk Seri Amirudin Shari berkata rakan gabungan kerajaan perpaduan, Barisan Nasional (BN) tidak meminta untuk bertanding di kerusi berkenaan sekali gus memudahkan PH untuk memutuskan calon bagi PRK tersebut.


"PH akan mengekalkan formula sedia ada iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.


"BN pun tidak minta, jadi formula PH tidak berubah. Saya percaya DAP akan kekal menyandang kerusi berkenaan," katanya selepas merasmikan pembukaan galeri jualanTaman Industri Pintar NCT (NSIP) di Kuala Langat, semalam.


Menurut Amirudin, PH akan bekerja keras mempertahankan kerusi berkenaan bagi meneruskan program pembangunan yang direncana mendiang Lee Kee Hiong sejak memenangi kerusi itu pada 2013.


"Bagaimanapun kita mahu kekal memang untuk teruskan kecemerlangan," katanya.

Pada 21 Mac, penyandang kerusi Kee Hiong, 58, yang menjadi wakil rakyat selama tiga penggal meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit barah sejak beberapa tahun lalu.


Dalam pilihan raya negeri lepas, Kee Hiong berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu bagi penggal ketiga selepas menewaskan calon Gerakan, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh-tarikh penting PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada Khamis ini.


Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bakal menetapkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang bakal digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan PRK tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page