top of page

PRK KKB: Tular video disunting, Teo Nie Ching buat laporan polis



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching membuat laporan polis berhubung satu klip video yang telah disunting dan disebarkan dengan niat jahat membabitkan dirinya, baru-baru ini.


Beliau berkata, video yang dimuat naik pada 26 April itu adalah mengenai akaun palsu yang diwujudkan atas nama calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).


Video berkenaan merupakan temubual Nie Ching bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), namun telah disunting di luar konteks temubual.


"Oleh itu, pada hari ini satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai media saya terhadap individu-individu yang telah menyebarkan keratan gambar atau suntingan video tersebut di mana-mana platform, yang jelas berniat jahat dan merupakan satu fitnah keji terhadap parti DAP dan juga calon Perpaduan dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Timbalan Menteri Komunikasi itu, pilihanraya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.


"Seperti dalam video penuh tersebut, saya ingin menggalakkan masyarakat untuk buat semakan terhadap apa-apa kandungan teks, gambar atau video yang diterima dengan akaun atau laman rasmi sebelum menyebarkan sesuatu yang barangkali hanyalah berita palsu atau fitnah semata-mata," katanya.


Khamis lepas, Nie Ching berkata, DAP meminta Meta menutup akaun palsu calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK KKB yang didakwa dicipta oleh pihak tertentu.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan semua parti dan penyokong menjauhi sebarang penulisan dan ucapan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak termasuk isu 3R (raja, agama, kaum).


Tegasnya, semua pihak diingatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page