top of page

PRK KKB: Sock Tao mahu pastikan rakyat dapat manfaat ISP



Calon mewakili Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu mahu memastikan tiada penduduk di kawasan itu tercicir dari menerima bantuan disediakan Kerajaan Negeri.


Pang Sock Tao ditemui pemberita selepas satu program ramah mesra bersama penduduk di Rasa pada Khamis berkata, perhatian akan diberikan bagi memastikan penduduk kawasan itu mendapat manfaat terkandung dalam program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).


"Banyak inisiatif dilaksanakan Menteri Besar jadi kita fokus untuk menang.


"Selain memastikan masyarakat mendapat manfaat ISP, saya juga akan membantu peningkatan ekonomi.


"Kita juga mahu jana ekonomi berlandaskan pelancongan. Ini peluang keemasan yang perlu kita ambil," katanya dipetik.


Selangor merupakan negeri yang miliki program kebajikan rakyat tertinggi antaranya pendidikan, kesihatan serta ekonomi yang bertujuan merapatkan jurang dalam masyarakat.


Sehingga kini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan kepada rakyat menerusi ISP dengan peruntukan lebih RM600 juta setahun dan semua skim ditambah baik dari masa ke semasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page