top of page

PRK KKB: Siapapun calon PH terima dengan tekad yang bulat



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Malam ini Pakatan Harapan (PH) melalui DAP akan mengumumkan calon yang bakal dipertaruhkan bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) dalam PRK yang akan diadakan pada 11 Mei depan.


Selain daripada pengundi, banyak yang masih berteka teki siapakah calon paling sesuai untuk mempertahankan kemenangan PH di DUN tersebut. Tidak kurang pemerhati politik yang membuat ramalan.


Sebelum ini menurut laporan, DAP telah menyenarai pendek sepuluh nama berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon bagi DUN KKB.


DAP mempunyai senarai panjang calon


Pengarah PRK PH Kuala Kubu Bharu, Ng Sze Han berkata, DAP mempunyai senarai panjang mereka yang layak bertanding dan daripada 10 individu yang disenarai pendek, terdapat calon daripada kaum Melayu selain Cina dan India yang layak untuk ditampilkan.


"Malam ini, kepimpinan tertinggi akan memutuskan calon paling sesuai dan diyakini dapat menyambung legasi khidmat cemerlang mendiang Lee Kee Hiong yang menjadi wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu selama tiga penggal," ujar beliau.


Melalui kesepakatan PH yang telah memutuskan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kekal ditandingi DAP, siapa juga calon yang diketengahkan haruslah menjadi faktor nombor dua bagi semua pejuang dan jentera gabungan tersebut.


Pastikan PH menang bergaya


Apa yang paling penting ialah memastikan PH terus menang dan berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.


Lagi pula, memenangkan kerusi yang memang dimenangi PH pada pilihan raya negeri lalu akan dapat memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus stabil dan kukuh.


Untuk itu, siapa pun calon yang akan diumumkan malam nanti mestilah diterima sebulat suara, sebulat tekad tanpa sebarang persoalan.


Selepas nama calon diumumkan tugas utama semua pihak dalam PH, tanpa kompromi atau merungut, ialah memastikan jentera bekerja keras sehingga parti beroleh kejayaan pada 11 Mei depan.


Calon yang dinamakan boleh datang dan pergi, boleh dipilih sesiapa saja, tetapi PH mesti terus dikekalkan bukan saja di Kuala Kubu Bharu, bahkan juga menerajui Selangor.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page