top of page

PRK KKB: Sebarkan semangat perpaduan, elak kempen secara 'jahiliah'



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK KKB: Ini bukan 'pertempuran' calon Cina lawan calon Melayu. Bukan juga persaingan calon siapa tua atau calon mana muda, kacak atau lawa.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah persaingan calon parti mana yang mampu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pengundi DUN berkenaan.


Jangan cemarkan kempen di KKB dengan seruan-seruan rasis, assabiyah dan jahiliah yang boleh menjejaskan keharmonian negara.


Apabila gedang perang kempen PRK sudah dipalu agen-agen propadanda wajib guna otak dan akhlak yang murni sewaktu berkempen.


Esok penamaan calon


Penamaan calon PRK Kuala Kubu Bharu akan diadakan esok, 27 April di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di Jalan Merdeka, Pekan Kuala Kubu Bharu.


PRK KKB: Calon terbaik adalah yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat

Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di pusat penamaan calon yang telah ditetapkan.


Proses penyerahan kertas pencalonan akan ditutup sejam selepas itu.


Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihanraya akan mengisytiharkan nama-nama calon yang layak bertanding bagi PRK berkenaan.


Bagi penyokong-penyokong PH tempat berkumpul yang ditetapkan ialah di depan Agro Bank, Pekan Kuala Kubu Bharu.


Mereka yang ingin menyertai perarakan boleh mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi dan kemudian bergerak bersama-sama mengiringi calon sehingga ke pusat penamaan calon.


Setakat ini, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao telah dinamakan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan manakala pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut akan mewakili PN.


Tempoh kempen 14 hari


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula sebaik saja selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga 11.59 malam, 10 Mei.


Daftar pemilih bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah seramai 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.


SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.


Bagi PH dan Kerajaan Perpaduan, PRK Kuala Kubu Bharu bukanlah bukanlah pertembungan Melayu dan Cina atau siapa lawa, siapa muda dan siapa tua.


Selesai masalah atau sembang kencang


Apabila yang hendak memilih wakil rakyat, perkiraan yang paling penting ialah sama ada pilihan itu mampu menyelesaikan masalah pengundi KKB atau sekadar ADUN yang sembang kencang semata-mata.


Maka, memilih wakil rakyat yang mewakili kerajaan haruslah menjadi keutamaan kerana hanya kerajaan yang ada kemampuan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat yang memerlukan bantuan.


Untuk itu bermula pada hari penamaan calon esok, penyokong-penyokong PH dan Kerajaan Perpaduan mesti turun beramai-ramai menunjukkan sokongan kepada calon yang telah ditetapkan, Pang Sock Toa.


Sebagai kerajaan, PH tidak boleh kalah di Kuala Kubu Bharu ini dan semua penyokong parti dalam Kerajaan Perpaduan wajib menunjukkan kekuatan seawal hari penamaan calon sehingga ke hari pengundian.


Kita tunjuk perpaduan, kita pamer kekuatan dan kita bekerja keras - yakinlah kemenangan akan jadi milik kita.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page