top of page

PRK KKB: Perang bendera mula menyerlah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Berbaki 10 hari sebelum warga Kuala Kubu Bharu (KKB) membuang undi, perang poster dan bendera Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih mendominasi berbanding Perikatan Nasional (PN).


Tinjauan Suara Keadilan di sekitar DUN Kuala Kubu Bharu misalnya, poster dan bendera calon PH memenuhi kawasan strategik seperti di persimpangan jalan.


Markas-markas PH yang dijadikan tempat untuk jentera menyimpan bendera dan poster bagi kegunaan kempen juga kelihatan meriah dengan penduduk setempat yang datang membantu.


Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan semua parti dan penyokong menjauhi sebarang penulisan dan ucapan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak termasuk isu 3R (raja, agama, kaum).


ree
Billboard wajah calon dan slogan mula dipasang di kawasan strategik KKB

Tegasnya, semua pihak diingatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.


Pada 11 Mei ini, seramai 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Kerajaan Perpaduan mencalonkan tokoh muda Pang Sock Tao daripada DAP dengan Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut dan wakil daripada Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin serta calon bebas Nyau Ke Xin.


Ketika ini, DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).


Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor itu pernah diwakili MCA pada 2008. Bermula 2013 hingga 2023, DUN berkenaan dirampas dan dipertahankan DAP.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page