top of page

PRK KKB: Pengundi jangan terpengaruh kempen fitnah perkauman



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi Kuala Kubu Bahru (KKB) diseru tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang menyentuh isu sensitif demi meraih sokongan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).


Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor, Azli Yusof yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pengundi KKB perlu lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.


"PRK kali ini mereka tampilkan calon Melayu untuk menarik pengundi Melayu ia sudah pasti isu-isu berkaitan sentimen akan digunakan dalam kempen ini.


"Oleh itu pengundi perlu bijak, berhati-hati dan meneliti kepada maklumat yang diterima kerana ada pelbagai maklumat kempen yang kebanyakannya berunsurkan fitnah yang cuba dimainkan oleh pihak lawan," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelasnya, kerja keras di antara jentera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) perlu dikuatkan lagi agar misi mengekalkan kerusi PH itu tercapai.


"Kita ada sekitar 8,000 jentera kerajaan di DUN KKB ini daripada itu 4,200 anggota adalah daripada Barisan Nasional.


"Oleh itu kita perlu memanfaatkan sokongan dan kekuatan yang ada daripada semua gabungan agar kerusi tradisi ini boleh dikekalkan kepada Kerajaan Perpaduan," ujarnya.


PRK DUN Kuala Kubu Bharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas, diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.


Blok Kerajaan Perpaduan mengetengahkan calon muda daripada DAP, Pang Sock Tao berdepan calon PN Khairul Azhari Saut; PRM Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin calon Bebas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page