top of page

PRK KKB: Kerajaan Perpaduan tekad menangkan calon Pakatan Harapan



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Perpaduan tampil lebih bersedia sebagai pasukan yang utuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.


Naib Presiden KEADILAN yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gabungan bersama lima parti politik tersebut berazam untuk menyambung khidmat kepada rakyat selepas hari mengundi 11 Mei ini.


"Walaupun ada berbeza pandangan dan pendekatan tetapi kali ini kerajaan datang dengan lebih kuat. Dari segi angka dan maklumat yang diterima saya nak beritahu kepada PN, jangan berangan lebih sangat.


"Ikut keputusan pilihan raya negeri (PRN) lalu kita menang DUN Kuala Kubu Bharu. Hari ini kita tampil dengan rekod (cemerlang) menjaga negeri ini," katanya pada majlis pengumuman calon Kerajaan Perpaduan di pekarangan Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu, malam tadi.


Dalam majlis tersebut, Pang Sock Tao, 31 diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan mewakili DAP dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.


Susulan itu, Amirudin mengharapkan kerjasama kuat daripada anggota parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kebolehmenangan kepada calon Pakatan Harapan.


"Kita ada sekitar 8,000 anggota daripada pasukan PH dan BN di KKB sahaja. Oleh itu, kita kerja untuk dapatkan tiga hingga lima orang pengundi, InshaAllah 11 Mei nanti calon PH diumumkan menang dalam PRK KKB.


"Sebab itu, saya ingin menyeru kerjasama semua pihak dalam komponen Perpaduan bekerja sebaik mungkin mengenal pasti semua kawasan dalam kempen ini," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Sock Tao, merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selain pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.


Berpengalaman selama enam tahun dalam bidang politik, calon Perpaduan ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) pada 2017.


Wanita berasal dari Ampang berkenaan diyakini dapat menyambung legasi khidmat cemerlang mendiang Lee Kee Hiong yang menjadi wakil rakyat di DUN itu selama tiga penggal.


PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, Kee Hiong mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,119 undi.


Beliau menewaskan Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian dan 27 April ini sebagai hari penamaan calon.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page