top of page

PRK KKB: KEADILAN wujud ‘task force’ tangkis kempen fitnah



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN mengerah kesemua kekuatan jenteranya bagi menangkis kempen fitnah menyeru masyarakat India tidak turun mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, langkah menangkis fitnah jahat itu akan digerakkan oleh task force yang melibatkan Ketua Cabang KEADILAN dan Ketua Komuniti India.


"Wakil pemimpin daripada cabang dan komuniti sedaya upaya mencari jalan menanggani masalah fitnah yang menggesa masyarakat India tidak turun mengundi.


"Kami optimis perkara itu dapat ditanggani dan pengundi KKB dapat membuat keputusan terbaik memilih calon daripada Pakatan Harapan (PH)," katanya dalam sidang media khas di Pusat Khidmat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor.


Beliau yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Menteri Besar Selangor berkata, Pakatan Harapan optimis prestasi cemerlang yang ditinggalkan oleh mendiang Lee Kee Hiong sebagai ADUN tiga penggal di kawasan itu mampu memberi kelebihan buat blok Perpaduan mempertahankan kerusi berkenaan.


Namun katanya, keputusan pengundi pada saat akhir juga mustahak. Oleh itu PH, katanya tidak mahu bermain dengan risiko dan mahu memastikan kemenangan dalam tangan.


"Keputusan pengundi itu mustahak, oleh itu kita wajib pastikan kemenangan calon PH supaya khidmat dan legasi yang ditinggalkan mendiang Lee Kee Hiong dapat diteruskan," ujarnya.


Sidang media itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan (gambar kiri sekali)


PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Susulan itu, PH mengetengahkan calon muda Pang Sock Tao, 31, sebagai wakil Perpaduan bagi menghadapi PRK DUN Kuala Kubu Baharu.


DUN Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 46.4 peratus pengundi Melayu; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).


Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor itu pernah diwakili MCA pada 2008. Bermula 2013 hingga 2023, DUN berkenaan dirampas dan dipertahankan DAP.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page