top of page

PRK KKB: Jentera parti Kerajaan Perpaduan kempen satu pasukan



Jentera parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan bergerak sebagai satu pasukan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei ini bagi mengekalkan kerusi tersebut di bawah Pakatan Harapan (PH).


Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berbincang dengan pimpinan parti-parti termasuk Barisan Nasional (BN) bahawa pendekatan pada PRK tersebut adalah sebagai Kerajaan Perpaduan.


"Memang itu kerusi PH, tetapi kita masuk (kempen) sebagai satu pasukan, lagi pun kita berdepan dengan Perikatan Nasional (PN).


"Kita akan kempen dan letakkan usaha lebih baik untuk menjadikan kemenangan milik bersama walaupun yang bertanding PH, tapi calon DAP, di peringkat KEADILAN jentera kita dipergiatkan di peringkat negeri dan sudah mula diaktifkan untuk melaksanakan kerja 100 peratus hingga ke hari mengundi," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya hari ini.


Nik Nazmi berkata pihaknya berharap semua parti akan menyumbang kepada gerak kerja kempen kerana setiap undi adalah penting kerana setiap parti dalam kerajaan perpaduan mempunyai kekuatan untuk mencapai kemenangan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bahru pada 11 Mei ini dengan 27 April sebagai hari penamaan calon.


PRK itu diadakan pada 11 Mei ini susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.


Kee Hiong, 58, menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia akibat kanser.


Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia pada Rabu memutuskan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim diberi tanggungjawab bersama menjadi Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Bahru.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page