top of page

PRK KKB diurus teratur, PH-BN main peranan - JPRN Selangor



Oleh: Abdullah Zaid


Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri KEADILAN Selangor (JPRN) memaklumkan proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) berjaya diurus dengan teratur dan rapi sekali gus berjaya menangkis politik murahan yang dimainkan pembangkang PN.


Setiausahanya, Sangetha Jayakumar berkata, kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dalam PRK KKB itu berjaya membina persekitaran yang kondusif tanpa sebarang insiden provokasi berlaku sepanjang kempen berlangsung.


"Saluran komunikasi berterusan yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan diperingkat negeri Selangor telah memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan jentera pilihanraya berjalan lancar.


"Usaha bersepadu ini telah membolehkan kami menangani sebarang cabaran dengan cepat dan berkesan," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu menurut beliau, pihak JPRN Selangor amat berpuas hati kerana semuan pihak memainkan peranan dalam mengukuhkan kekuatan jentera Perpaduan bagi memenangkan calon Pakatan Harapan.


"Bersama-sama, kami telah kekal teguh dalam komitmen untuk memberi keutamaan kepada isu-isu yang penting, menyelesaikan masalah, dan menjaga kesejahteraan rakyat.


"Sejak awal lagi, kempen Perpaduan telah kekal fokus untuk menangani kebimbangan utama dan memenuhi keperluan rakyat. Komunikasi yang jelas dan telus dengan semua segmen masyarakat menjadi penting sepanjang tempoh kempen bagi memastikan setiap suara didengar dan diwakili," katanya.


Justeru kata Sangetha, pihaknya yakin JPRN mampu memastikan proses kempen 14 hari itu berjalan lancar dan teratur mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Dengan usaha bersama dan kesetiaan, kami berharap untuk mengekalkan integriti proses pilihanraya dan memberikan hasil yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page